Resipi Biskut Bunga Kering Halia oleh Dato’ Fazley Yaakob
This post is also available in: English
中文
Biskut Bunga Kering Halia oleh Chef Dato' Fazley Yaakob

Bahan-bahan:
180g mentega tanpa garam
130g gula kastor
1 biji telur
2 sudu kecil ekstrak vanila
180g tepung
100g VHalia
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
Bunga kering
Cara-cara:
- Sediakan bunga kering atau beli di kedai organik.
- Ambil kelopak bunga sahaja dan leperkan di antara dua keping kertas parchment dan letak buku berat di atas. Biarkan selama satu jam sebelum digunakan.
- Pukul mentega sehingga warnanya pucat dan masukan gula. Pukul sehingga gebu.
- Masukan ekstrak vanila dan telur gaulkan sehingga sebati.
- Dalam mangkuk berasingan gaulkan semua bahan-bahan kering. Kemudian campur dan gaul bersama adunan mentega.
- Bentukan doh seperti bebola dan letakkan di antara dua kertas parchment.
- Leperkan sebelum dibiarkan sejuk selama 1 jam di dalam peti sejuk.
- Gulungkan mengikut ketebalan dikehendaki dan potong menggunakan cookie cutter.
- Anda boleh gunakan royal icing yang di beli di kedai untuk hias biskut bersama bunga kering dan bakar pada suhu 170c selama 9 hingga 12 minit.