Resipi Muffin Pandan Halia oleh Chef Dato’ Fazley Yaakob
This post is also available in: English
中文
Muffin Pandan Halia oleh Chef Dato' Fazley Yaakob

Bahan-bahan:
190g tepung
70g VHalia
2 biji telur
1 ½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil baking soda
½ sudu kecil garam
60g gula kastor
60g gula perang
200ml santan
100ml minyak sayuran
1 sudu kecil perisa pandan
Hirisan badam
Panaskan oven pada suhu 180c
Cara-cara:
- Gaulkan semua bahan kering di dalam mangkuk sehingga sebati
- Gaulkan semua bahan basah di dalam mangkuk berasingan
- Campurkan kedua-dua bahan kering dan basah dan kacau sehingga sebati
- Tuangkan ke dalam dulang muffin taburkan hirisan badan dan bakar pada suhu 180c selama 15 minit atau sehingga masak.
- Hidangkan ketika panas.