Resipi Biskut Mentega Halia oleh Dato’ Fazley Yaakob
This post is also available in: English
中文
Biskut Mentega Halia oleh Chef Dato' Fazley Yaakob

Bahan-bahan:
130g mentega
15g gula icing
70g tepung
80g VHalia
¼ sudu kecil serbuk penaik
Esen vanilla
Serbuk kayu manis
Halwa halia
Cara-cara:
- Pukul mentega dan gula sehingga gebu.
- Kemudian masukan esen vanilla dan serbuk kayu manis.
- Masukan tepung sedikit demi sedikit VHalia dan serbuk penaik.
- Bentukan menjadi saiz bebola yang dikehendaki.
- Letak beberapa halwa halia di atas dan tekan sedikit (atau campurkan halwa halia di dalam adunan)
- Bakar pada suhu 170c selama 10 minit dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.